Catatan Yang Ditampilkan

Sekapor Sireh

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum para pembaca budiman. Semoga dirahmati Allah s.w.t. untuk diri dan keluarga. Tak dilupakan ...

Ahad, 17 Disember 2017

Ayahanda Mohd Ali bin Rahmat

Didahului dengan ucapan terima kasih kapada Alahyarham Ayahanda Mohd Ali bin Rahmat yang telah meninggalkan sabuah karya agung bagi penulis dalam catatanya di lambaran yang  sepi mengenai koronologi kehilangan sabuah kampong yang indah. Meminjam kata penulis salasilah KCT Kekanda Azali Hj. Idris “ Hening terasa mendakap kalbu. Indah sungguh kampungku”. Tanpa catatan beliau pupuslah segala sejarah kampong yang tergadai tertambus bersama Sungai Teman. Sungai yang menjadi sumber tangkapan ikan kaloi,sepat siam, teroboi, lampam,haruan, keli dan temakang. Sepat Ronggeng hilang tarinya. Teratai layu di tasik pilu. Tiada lagi orkid ungu  dan orkid putih mengintai dicelah pelepah bakung.
Bermula pada tahun 1966 ketika penulis kesejukan mandi pagi, disisip ibu dicelahan seluar menarik baju yang londeh untuk mula mengenal angka dan huruf masuk darjah satu. Sabuah Syarikat Tanah Dan Galian Melayu Teja Limited mengatur langkah memujuk rayu orang kampong untuk menjual tanah pusaka. Wujudlah Broker dari orang orang kampong kita juga. Menabur janji manis kononya bagi menaiktaraf kehidupan orang kampong yang miskin harta tetapi kaya budi bahasa dan gurau senda. Salain dari syarikat ini terdapat dua lagi syarikat yang bergabung sama adalah Pemodal Konzin Rintinto tauke Chong Kok Lim (Bakap)  yang membina empayar di Sungai Wang Plaza dan Syarikat Matin Mines tauke Chin Pek Su yang membina empayar di Bukit Bintang. Sorang lagi tauke lombong yang cuma ada palung dan tidak berbijih di Kampung Saberang, Mail Mahyuddin orang Tambun. Pak Enda dan Pak Sam tertipu bagi tanah untung tiada cukai tanah kena bayar juga,
Pasaran harga tanah dimasa itu dibeli dari orang kampong rm4000.00 saekar. Sawaktu tukar milik tanah pemilik diwajibkan membeli saham  dalam Syarikat Teja rm1000.00 bagi satu ekar. Nilai pasaran harga sabenar adalah rm7000.00. Pihak broker mampu perolihi keuntungan antara rm3000.00 ka rm4000.00. Contoh rm3000.00 dia serah pada penjual tanah rm1000.00 duit saham masuk poket dia juga. Jikalau orang tidak beli saham dia dapat rm3000.00. Jumlah ekar yang berjaya di beli tidak dapat dikenalpasti. Cuma broker yang tahu yang telah hidup mewah di Mahligai yang indah (meminjam kata Idan Radzi yang tanah apaknya di Paya Asap turut lesap).
Samasa urusniaga antara broker dan orang kampong tidak mengira tempat . Di atas gerotak sungai keruh(titi/jambatan) pun bolih dibuat. Tengah malam pun datang memujuk rayu sampai terlupa bawa dakwat cap jari. Penyudahnya arang bontot kuali pun bolih digunapakai untuk ambil cap jari. Penjualan pula ada perjanjian tanpa peguam cara yang dikenali. Sekiranya penjual tanah ingin menebus kembali tanah yang tidak dilombong mesti ambil balik semua jumlah ekar yang tercatit dalam geran. Tebus sedikit tidak dibenarkan dan mesti membayar balik nilai harga samasa penjualan berjumlah rm7000.00 saekar. Bagi pemegang saham dalam Syarikat Teja bolih menjualkan saham kapada syarikat. Disinilah silap mata syarikat dan broker. Contoh kalau ada 10 ekar, saham rm10,000.00 hendak tebus balik rm70,000.00. Tiada siapa yang mampu.
Dalam perjanjian awal tiap tiap satu unit palung yang diusahakan Syarikat Martin Mines, Syarikat Teja akan menerima rm 1000.00 bagi satiap bulan. Dinyatakan kata Ayahanda Mohd Ali “ malang seribu kali malang kerana orang kampong jahil dalam hal perlombongan, kononya Syarikat Teja mempunyai hutang bertimbun angka hampir sejuta”. Satiap tahun Mesyuarat Agung syarikat yang sapatutnya diadakan di Mukim Teja telah dibuat di Kuala Lumpur. Orang kampong yang memiliki saham yang sedikit (1/100 dari harta Datuk dan Nenek) tidak mendapat layanan yang istimewa dari pihak syarikat . Sesiapa yang banyak saham bolih menjadi  Ahli Lembaga Pengarah.Bagi mereka yang mempunyai saham sedikit disebut main angin sajalah.
Orang kampong diberitahu kononya tanah ini bukan dijual sabaliknya dibuat gadaian bagi mendapatkan pinjaman dari Bank Negara. Pihak yang membayar balik pinjaman adalah Syarikat Teja. Disebabkan pinjaman ini dari tahun 1966 hingga 1994 bagi mereka yang memiliki saham dalam Syarikat Teja tidak mendapat keuntungan walaupun sabanyak setengah sen. Dalam tahun 1996 cuma tinggal satu Syarikat yang aktif melombong dengan carigali tanah tanah yang belum diambil alih Syarikat Teja. Pihak syarikat terpaksa membayar gantirugi kapada syarikat berkenaan jikalau lombong tidak dapat dibuat. Sahingga catatan Ayahda Mohd Ali ditulis, tiada lagi aktiviti aktif perlombongan di Kampung Changkat Tualang.
Ketika aktiviti melombong rancak berjalan taraf hidup yang sempurna cuma sementara. Haji Soba sempat buka gerai makan di Nongkak Pak Abu Bakri satahun dua. Ramai orang kampong yang kerja buruh lombong dan pembantu kapala. Pak Bedul Rashid pernah jadi tukang masak di Kongsi lombong. Gaji yang dibayar Rm 1.80 satu Kong. Hebat sikit jadi Jaga Lombong. Maka muncul lah combat combat tua di penghujung senja, naik Vespa dan Honda C65 dengan senapang disandang bahu (ayah penulis Pak Tam, Pak Leman, Pak Derani, Pak Asin, Pak Bedul, Pak Hassan Kancil, Pak Din Sanggam, Pak Angah Harun, Tok Uda dan Nyah Hussin Hj. Mamat). Gaji diterima dalam kategori kerja dinyatakan, sakitar rm:120.00 hingga rm:180.00
Dalam waktu yang sama orang kampong tetua dan yang meningkat remaja digelar perompak di tanah sendiri.Pak Pak saudara yang jadi jaga setia pada tugas sanggup menembak anak buah sendiri. Mendulang bijih silih berganti tidak pernah ambil cuti dan yang masih bersekolah sanggup berhenti (ayat power masa itu “ buat ape abg Ed g sekolah…bukan dapat bawak beras balik”. Ini ayat dari budak Wet anak Pak Man Kedai masa dia darjah lima.
Bangsa lain di Kota Baharu berpandangan jauh. Ada lombong ada bijih, orang kampong akan mendulang. Pasir lombong akan bertimbun. Lombong terbiar akan menjadi tasik.Mereka buka kedai membeli bijih. Apabila amang lebih banyak dari bijih baru Cikgu Mastor Kaamin ambil alih. Aktiviti lombong tamat pasir lombong jadi idaman, bukit senyum habis di tarah. Lombong terbiar menjadi taman itik dan pelihara talipia dan tongsan. Orang kampong hampiri nak di tembak dan dikejar sampai pengsan.
Masa terus berlalu, kampong tidak saindah dulu. Tanah Paya Asap (milik Pak Mat Sesh)menangis pilu. Sungai Teman membisu tiada kocak air kayuhan sampan Pak Barom merentang jaring. Tanah di Lesen meratap hiba lombong terbiar di bubuh tuba. Tanah di Darat (arwah Tok penulis yang punya) menjadi tasik yang sepi. Tanah di Hulu menagih simpati , dilombong separuh mati. Tanah di Baruh Paya Gerongang  mengamit pulang. Tanah paya bakung di Changkat Keling menjadi danau yang menyambut rindu kepulangan anak diperantauan. Bukit senyum menangis siksa, pasir di tarah tidak tentu hala. Kubur Pedas menyaksikan segala pada yang berduka.
Penduduk kampong yang dihulu telah berpindah dikawasan pasir tapak tanah lombong Changkat Keling. Sakiranya mereka mahukan hak milik dibekas tapak lombong ini perlu membayar nilai harga tanah mengikut harga semasa. Lebih kurang 3 ekar tanah dihadapan Masjid di beri percuma olih Syarikat Teja bagi pemindahan orang kampong yang di Darat.Mereka ini beruntung kerana dapat duduk di atas tanah yang asal. Setakat ini tiada siapa yang bersuara dan memberi pendapat kenapa mereka duduk percuma sedangkan yang tinggal dibekas tapak lombong perlu membayar.
Tanah arwah ayah penulis berhampiran Masjid dan tanah di sekelilingnya difahamkan masih ada geran yang diberi judul GERAN 21 dan merupakan sabahagian tanah asal yang bersambung dengan tanah depan Masjid hingga ka pokok Rambung. Mengikut perkiraan awal Pejabat Tanah tidak termasuk hak Syarikat Tanah Dan Galian Melayu Teja Limited masih terdapat 60 ekar lagi tanah yang tingal di Kampung Changkat Tualang.
Pada masa catatan Ayahanda Mohd Ali ditulis, segala kemudahan insfrafuktur dan kemudahan asas telah dinikmati olih penduduk kampong yang setia saperti Orkid Ungu di celah pelepah bakong dan keikhlasan Orkid  putih tetap berseri mengungjungi Kampung Changkat Tualang menjelang Aidilfitri.

Tiada ulasan: